Marhaban Ya Ramadhan

By riesyam On August 20th, 2009

Ahlan wa sahlan Ya Ramadhan… Gema Ramadhan muncul lagi. Bulan penuh rahmat dan keberkatan. Bulan yang dijanjikan malam penuh keberkatan 1,000 bulan. Semoga kita semua dapat mengambil manfaat dari keberkatan Ramadhan ini. Mari kita berusaha meningkatkan lagi amalan kita semoga menjadi yang lebih baik dari sebelum²nya, insya Allah. Anggaplah ini Ramadhan terakhir kita agar dapat kita membangkitkan lagi motivasi diri kita dalam beramal. Apapun perbetulkan dulu niat di hati kita. Ikhlaskan hati kita demi Allah SWT semata-mata.

Nabi Muhammad SAW bersabda (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim) : “Sesungguhnya setiap amalan dinilaikan berdasarkan niat dan bagi setiap orang apa yang dia diniatkannya”

Marilah kita menyiapkan diri daripada segi fizikal, mental juga material untuk memperoleh ganjaran bonus yang tak tenilai di Ramadhan ini yang tak terdapat pada bulan² lainnya. Insya Allah. Tinggalkan aktiviti² yang dapat mengurangkan pahala puasa kita kelak. Perbanyakkan sedeqah jariah. Peliharalah seluruh anggota pancaindera kita daripada melakukan dosa dan maksiat.

Mari kita tanamkan azam supaya berpeluang beribadat di malam Lailatulqadar. Malam penuh kemuliaan yang muncul cuma sekali setahun di bulan Ramadhan. Malam yang menyamai 1,000 bulan atau kira² 83 tahun 4 bulan pahala ibadahnya. Subhanallah….. bolah sampaikah usia kita sebegitu?

Akhir sekali mari kita sentiasa berdoa agar segala amalan kita diterima oleh Allah SWT.

SELAMAT BERPUASA. SELAMAT BERAMAL.

|||   Riesyam.com   |||